برنامج الحرمين الشريفين
PROGRAM ALHARAMAIN ASSYARIFAIN
اختبار تحفيظ القرآن في الحرمين الشريفين
Ujian Hafazan Al Quran Al Haramain Assyarifain.
Masjidil Haram telah memainkan peranan yang amat besar dalam usaha memartabatkan Al Quran yang mana menyediakan pelbagai program untuk manfaat masyarakat dunia.Kerajaan Arab Saudi khasnya amat Sirius dalam pembangunan Al Quran.
Sebagai menghargai mereka yang telah berjaya menghafaz Al Quran dan sebagai satu penilaian tahap ingatan para huffaz,maka amat digalakkan para huffaz mengambil ujian ini.
Peserta yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah.Program ini secara tidak langsung dapat menjadi perangsang kepada para huffaz meningkatkan lagi ingatan hafazan mereka.
Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Program Al Haramain Assyarifain sebagai satu pengiktirafan pencapaian para huffaz yang telah tamat menghafaz Al Quran.
Peserta yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.
Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah sekaligus peserta akan mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.
Kaedah Ujian
KAEDAH |
LISAN |
JUMLAH SOALAN |
3 |