Gandakan Amalan Pahala

Empat perkara bagaimana Allah Taala gandakan pahala

empat perkara yang jika orang-orang beriman melakukannya, maka Allah Taala akan menggandakan pahala kepadanya

pertama, jika orang-orang beriman memberikan pinjaman yang baik lagi ikhlas kepada Allah Taala, Allah Taala akan gandakan pahala kepada mereka sebagaimana firman Allah :

Surah Al Hadid Ayat 11
1. من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له وله أجر كريم
yang bermaksud, 11. siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ikhlas supaya Allah melipat-gandakan balasannya? dan selain itu dia akan beroleh pahala yang besar.

2. Surah Al Hadid Ayat 18
إن المصدقين والمصدقات وأقرضوا الله قرضا حسنا يضاعف لهم ولهم أجر كريم
yang bermaksud, 18. sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

3. Surah Al Baqarah Ayat 245
من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له أضعافا كثيرة والله يقبض ويبسط وإليه ترجعون
yang bermaksud, 245. siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik lagi yang ikhlas supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan ingatlah, Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan

4. Surah At Taghabun Ayat 17
إن تقرضوا الله قرضا حسنا يضاعفه لكم ويغفر لكم والله شكور حليم
yang bermaksud, 17. dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, nescaya Allah akan melipatgandakan balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi maha penyabar untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat

Kedua , jika orang-orang beriman bersedekah dan membelanjakan harta kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala, Allah Taala akan gandakan pahala kepada mereka sebagaimana firman Allah

1. Surah Ar Rum Ayat 39
وما آتيتم من ربا ليربو في أموال الناس فلا يربو عند الله وما آتيتم من زكاة تريدون وجه الله فأولئك هم المضعفون
yang bermaksud, 39. dan ketahuilah bahawa sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka dia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah dan tidak mendatangkan kebaikan, dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda

2. Surah Al Baqarah Ayat 265
ومثل الذين ينفقون أموالهم ابتغاء مرضات الله وتثبيتا من أنفسهم كمثل جنة بربوة أصابها وابل فآتت أكلها ضعفين فإن لم يصبها وابل فطل والله بما تعملون بصير
yang bermaksud, 265. dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau dia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun cukup untuk menyiraminya, dan ingatlah, Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan

3. Surah Al Hadid Ayat 18
إن المصدقين والمصدقات وأقرضوا الله قرضا حسنا يضاعف لهم ولهم أجر كريم
yang bermaksud, 18. sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia

4. Surah Al Baqarah Ayat 261
مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
yang bermaksud, 261. bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya

Ketiga, jika orang-orang beriman beriman dengan sebenar-benar iman dan beramal soleh, Allah Taala akan gandakan pahala kepada merekasebagaimana firman Allah

1. Surah Saba Ayat 37
وما أموالكم ولا أولادكم بالتي تقربكم عندنا زلفى إلا من آمن وعمل صالحا فأولئك لهم جزاء الضعف بما عملوا وهم في الغرفات آمنون
yang bermaksud, 37. dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan, dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai di syurga dengan aman sentosa

Keempat, jika orang-orang beriman beramal soleh walau sebesar zarah sekalipun, Allah Taala akan gandakan pahala kepada merekasebagaimana firman Allah

1. Surah An Nisa Ayat 40
إن الله لا يظلم مثقال ذرة وإن تك حسنة يضاعفها ويؤت من لدنه أجرا عظيما
yang bermaksud, 40. sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya seseorang sekalipun seberat zarah atau debu, dan kalaulah amal yang seberat zarrah itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

Berkaitan dengan rujukan ayat al Quran di atas yang mengatakan berkenaan dengan kelebihan berinfaq dan bersedeqah ke jalan Allah maka sudah pasti kita semua ingin merebut dan membuat amalan yang berlipat kali ganda yang bertepatan dengan sunnah dan perbahasan salafussoleh serta para alim ulama.

Umum mengetahui tentang fadhilat amalan di tanah suci Makkah, yang mana pahala satu solat ialah 100 000 solat , kalau di hitung sekira kita bersolat 50 tahun pun belum sampai dengan 100 000 solat.Begitu besar ganjaran pahala di tanah suci.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya, hadits dari sahabat Uqbah bin ‘Amr bin Tsa’labah radhiallahu’anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

من دَلَّ على خيرٍ فله مثلُ أجرِ فاعلِه

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).

jika kita meneliti hadith di atas ,kita mendapati bahawa di sana terdapat keluasan dalam kita ingin mengumpul ganjaran Allah Subhanahu wa taala serta mengikut keupayaan masing – masing.Dijelaskan juga bahawa ada fadhilat – fadhilat yang besar yang boleh direbut.

Mengambil contoh sekiranya seseorang individu menyuruh individu lain mengerjakan umrah serta ke tanah suci dengan niat yang ikhlas, maka bertepatan dengan apa yang Baginda Nabi Sallahu alaihi wassalam sebut,dengan itu pahala umrahnya , solatnya serta amalan – amalannya akan mengalir kepada individu yang menyuruh tadi.sekiranya dilihat ganjaran pahala solat sahaja dengan satu solat sahaja menyamaik 100 000 solat ,bayangkanlah berapa solat yang mereka laksanakan di Tanah Suci.Lebih besar lagi bukan setakat menyuruh tetapi diberi dengan sumbangan atau sedeqah untuk mengerjakan umrah.

Ditambah pula dengan amalan yang lain sebagai contoh individu tersebut adalah pelajar Tahfiz ( penuntut ilmu ) yang mana mereka sentiasa mengulang bacaan al Quran mereka di tanah suci serta belajar ilmu al quran.apa yang diharapkan ilmu al Quran yang dipelajari diteruskan apabila pulang dan disitu juga menjadi sebab amalan kita berganda ganda.

Begitu luas rahmat Allah Subhanahu wa Taala  memberikan ruang kepada hambanya membuat Amalan bekalan di Akhirat nanti.

IMG-20180117-WA0027

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *