40 Hari Bersamamu Di Tanah Suci bhgn-1

saya kalau boleh lagi lama lagi bagus ” begitulah ungkapan salah seorang peserta Program Al Haramain Assyarifain – Halaqah Al Quran Masjidil Haram bagi segmen b ( 29 hari 27malam – sekarang di tukar kepada 27 hari).Sudah tentu ramai yang berhajat untuk tinggal lebih lama di Makkah tapi kita harus akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.sebagai pilihan untuk memberi impak yang optimum maka pilihan hari yang lebih lama menggunakan kemudahan visa yang sedia ada diberikan khusus untuk peserta Al Quran Masjidil Haram.Ini akan membolehkan peserta membaca dengan lebih banyak dan hasil bacaan yang lebih maksima kerana lebih lama menuntut ilmu ilmu bacaan al Quran dengan sheikh.Menjadi impian kami sekiranya pihak berkenaan memberikan visa khas untuk peserta – peserta program paling tinggi mungkin 2 bulan atau 3 bulan.

Lima orang jejaka pilihan untuk bertamu di Tanah Suci mengikuti halaqah al Quran Masjidil Haram ,maka berangkatlah seorang pesara guru,ustaz dan tiga orang anak remaja yang merupakan sahabat karib dan punya pertalian saudara..keterujaan terpancar diwajah setiap individu ini.

Satu kombinasi yang baik dan terpilih kerana mempunyai seorang ayah ,abang ,adik dan anak-anak.satu tarikh yang menjadi catatan sejarah bagi setiap individu kerana bagi cikgu pencen ke mekah adalah satu acara wajib setiap tahun,tapi kali ini berbeza kerana tempohnya agak lama dan niatnya yang sekian lama disimpan untuk belajar dan tilawah al Quran di Masjidil Haram termaqbul.perkara lain seolah olah difikirkan sangat oleh cikgu kerana fokusnya hanya Al Quran..ye Al Quran.persoalan lain tidak terpancul keluar dari mulut beliau.beliau seorang yang tenang dan tersusun.amat ketara perbandingan dengan peserta lain.kalau boleh dikatakan di sini wajarlah dalam kumpulan ini beliau menjadi contoh dan ayah…( bersambung )IMG-20161204-WA0050 IMG-20161204-WA0070

IMG-20161204-WA0048

IMG-20161103-WA0010 (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *