SIJIL TAHFIZ ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH )

 

SIJIL TAHFIZ  ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH )

اختبار تحفيظ القرآن في الحرمين الشريفين
Ujian Hafazan Al Quran Al Haramain Assyarifain

Sijil Tahfiz AlQuran Masjidil Haram ( STMH ) merupakan ujian terbuka yang ditawarkan kepada individu yang layak tanpa perlu menduduki pengajian.Ia adalah suatu pengiktirafan yang diberikan oleh Institusi yang terkenal di dunia iaitu Masjidil Haram , Makkah Al Mukarramah bagi mengiktiraf dan memperakukan status hafazan para Huffaz di seluruh dunia.

Program Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Program Al Haramain Assyarifain yang mana dikhususkan kepada peserta yang bergelar Hafiz.
Para Huffaz yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.

Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah sekaligus peserta akan mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

Kaedah Ujian Dijalankan :

  1. Hifz Al Quran 30 juzu’ syafawi ( lisan )
  2. Calon akan disoal sebanyak 3 soalan.
  3.  Aspek penilaian / pemarkahan
  • Ingatan
  • Kelancaran
  • Tajwid
  • fasahah

Syarat – syarat umum penyertaan :

– Tamat hafazan 30 juzu’.

– Ingatan yang kuat.

– menjalani latihan dan ujian menjawab soalan.

– Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran.

-Calon telah menghafaz 30 juzu’ alQuran yang disahkan oleh mana-mana institusi

Menjalani ujian di Makkah Al Mukarramah.

Peserta yang memilih untuk menjalani ujian di Makkah akan pergi ke Makkah pada tarikh yang telah ditetapkan bersama program – program yang lain yang mana dilaksanakan di Makkah.sebagai tambahan peserta juga berpeluang mengikuti program Halaqah AlQuran Masjidil Haram ( Hafazan ).penganjur akan menentukan sesi ujian tersebut yang akan dilaksanakan di dalam Masjidil Haram.

Yuran yang dikenakan mengikut tawaran program Halaqah Al Quran Masjidil Haram.
TEMPOH

program halaqah                                  : 12 HARI 10 MALAM
program halaqah / ijazah ( sanad )    : 27 HARI 25 MALAM

TEMPAT                                 : MAKKAH AL MUKARRAMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *